Sunday, 26 May 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia episode 7

Salam n Hai..,

apa khbar suma..? cuti nhe korang ke mana..? amaacam ssid ada tengok..? mustahil peminat macm weoolls nhe tdk tengok kn..

seperti yang kamu semua suda tengok, first scene firash gi jumpa dengan pak long dorang berbual-bual pastu pak long tanya kenapa tak join qimy, imah ngan syaf pi kebun durian tapi pak long tak mention pulak syaf dia just kata "budak perempuan".. firash mula-mula blur lepas dah faham terus jer blah gi kebun durian..

masakat kebun durian firash dengar syaf menjerit sebab kena gigit pacat.. tak sempat qimy naktolong firash tetiba jak datang nak tumbuk si qimy tapi nasib baik la imah control kalau tdk konfom ada yang lebam..

"kena gigit pacat pun kau nak jerit sekebun? dah jom aku bawa kau baik.." firash
terus jak dia tarik tangan syaf. imah ngan qimy terkulat-kulat di situ..

firash berhentikan kereta dia dekat tepi jalan then ambik daun senduduk letak kat kaki syaf..
"aku tak suka kau jalan tak bagi tahu aku. nasib baik kena gigit pacat kalau ular?" firash nampak tak caring kan si firash tue masa nhe, mesti korang yang tengok tue meltig kann..? mengaku cepat..

bila sampai kat rumah tok wan ada kat beranda..
"kenapa kaki tue qira?" tok wan
"kena gigit pacat"
"arh pi ambik minyak gamat"
"firash dah letak daun apa ntah"
"oh, daun senduduk......"

bila tok wan tengok kaki syaf macam ada tak kena maybe mata orang tua dia nampak something tak kena..
tok wan gi kat datin farizah yang duk lipat baju.. dia tanya pasal si syaf sebab katanya pada mata tua dia nampak sisyaf tue macam bukan anak dara lagi.. datin farizah pun cerita la hal yang sebenarnya..

malam tuekan si syaf tak dapat tidur duk fikir macam mana nak mita maaf ngan firash, tetiba datang idea dia pi buat kan air tuk firash..

dia masuk bilik firash bawak air milo..
"kau masuk kan apa dalam nhe?" firash
"mila ngan susu la"
"mana lah tahu kau letak pil tidur ke, pil khayal ke, pil perangsang ke? tak pasal-pasal aku tidur balik ngan kau"
syaf pun sentak.
"yelah letak la kat situ nanti aku minum"
firash pelik kenapa syaf tak keluar..
" saya sebenarnya.. nak minta maaf pasal tadi, lain kali saya minta izin dulu..."syaf
"yelah marah la"
"kalau macam tue sya sanggup buat apa saja unutk buat awak tak marah lagi"
"apa saja, kalau macm tue elok la tue.. aku nak kau buat sesuatu untuk aku malam nhe.. boleh..?"firash
" apa dia..?"

hahah lucu scene.. tok wan yang buka pintu bilik firash tue tak jadi nak panggil firash cepat-cepat jak dia tutup pintu bilim tue.. istighfar tok wan di buatnya..

"apasal dia tak kunci pintu" "tak lama lagi aku dapat cicit.." tok wan

mak long datang menziarah rumah tok wan, pastu tok wan, mak long nagan mama firash berbual-bual.. maklong luah kan hajat dia katanya nak jodohkan si syaf ngan qimy..tok wan terbatuk-batuk. datang syaf bawak air pastu tdk lama firash pulak datang dari kebun..

"syaf dah ada boyfriend ker..? mak long
semua dorang yang tahu rahsia tue bertentang muka.. terkejut youu!

"nak ke mana?"
"mandi, panas" firash
 panas hati la tuu..

besoknya dorang balik kl..

pagi-pagi lagi firash suda ada di meja makan tuk breakfast bila dia tngk syaf dia kata dalam hati "cantik pulak isteri aku hari nhe" terkantoi la pulak oleh mama bila tenung syaf lama-lama..

bila syaf sdh siap bersalam ngan mama, mama bagi signal supaya salam firash.. lucu lah msa syaf salam firash tapi sweet jak..

kereta syaf tak boleh start kena la si firash hantar dia p kerja..
kat kolej firash, dorang semua dah dapat result kat mana nak praktikal.. firash dapat kat terengganu.. kat ofis syaf pulak dia dpat surat pindah..

bila firash ambik syaf dia bengang sebab syaf macam takda mood je pastu tiba-tiba pulak suruh antr gi rumah sewa dia.. terkejut firash bila syaf yang bawa beg besar..
"nhe nak gi mana bawa beg besar?"firash
"balik rumah mama" syaf
firash terkejut dan BERSAMBUNG..

note: promo tuk epi 8 best kan.. dorang bertiga qimy, syaf , firash nampaknya macam kerja sam-sama.. siap yang dah baca novel konfem tahu jalan ceritanya hahah... btw sori la lmbt buat review, eh ada ka yang baca ka aku yng persan.. mustahil tiada kan..?





1 comment:

  1. alamak! sori la guys, part keta syaf tak boleh start tue dalam novel je ada.. bila tgk ulangan kat tonton pelik la pulak apasal part tue tiada..

    ReplyDelete

klik tau iklan nie.. tq muahh